Syukur alhamdulillah diberi peluang bernafas hingga hari terakhir tahun 2025. Berapa banyak buku berjaya baca sepanjang tahun ni? Kak Hif lupa nak kira, tapi ada la peningkatan sikit berbanding 2024. Genre buku pun lebih pelbagai. Fiksyen ada, bukan fiksyen pun ada. Yang penting dan Kak Hif paling lega sebab dapat tutup 2025 dengan habiskan buku Jaddid Hayatak (Perbaharui Hidupmu) oleh Syeikh Muhammad Al-Ghazali. Terbitan Iman Publication. Dah lama bukunya tapi Kak Hif cuba konsisten untuk baca setiap hari lepas solat Subuh dan mengaji, paling kurang 1 bab, kalau panjang sangat, baca 2-3 hari. Alhamdulillah, setahun habis baca buku yang berhalaman 319 muka surat tu. Untuk tahun baharu 2026, Kak Hif pilih buku Falsafah Hidup oleh Hamka. Kak Hif rasa buku Hamka sangat sesuai untuk kita pandang sisi kehidupan dari sudut berbeza dan berusaha membaiki diri. Sesuailah kan untuk mula tahun baharu ye tak? Tapi ini terbitan lama, masih pekat dan padu Bahasa Indonesianya walaupun dah disunting l...
Teks & Foto: Kak Hif Dengan adanya ilmu, manusia boleh bertindak dan mengamalkan ilmu yang dipelajari. Dengan itu, ilmu tersebut lebih difahami dan dapat disebarkan dengan lebih berkesan. Dalam buku Jaddid Hayatak (Perbaharui Hidupmu) yang ditulis oleh Syeikh Muhammad al-Ghazali ada penerangan bagaimana ilmu yang dimiliki mampu membuahkan amal. Antara inti pati penting dalam bab ini: 1. Ada dua ilmu : ilmu di hati, iaitu ilmu yang bermanfaat, dan ilmu di lisan, iaitu hujah Allah bagi manusia. Memetik kata-kata Bernard Shaw - "Jika anda mengajarkan sesuatu dengan kata-kata kepada seseorang maka dia selamanya takkan pernah belajar." Pengarahan lisan tidak akan membuatkan pengetahuan tersebut tahan lama. Menurut Dale Carnegie pula, "Cubalah, lakukankanlah dan praktikkan (apa yang tertulis dalam bukunya) pada setiap kesempatan yang anda miliki." 2. Amal atau tindakan nyata akan MENGHIDUPKAN hati dengan pengetahuan yang sedar dan aktif. Ilmu yang lahir daripada a...